MyKorban

MyKorban

Kembali ke Utama

Polisi Privasi

Polisi Privasi MyKorban

Privasi anda adalah keutamaan kami. Polisi ini menerangkan bagaimana MyKorban mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda semasa menggunakan sistem kami.

1. Pengumpulan Maklumat

Kami mengumpul maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, alamat tempat tinggal dan maklumat pembayaran apabila anda mendaftar atau membuat transaksi melalui sistem MyKorban.

2. Tujuan Penggunaan

Maklumat yang dikumpul digunakan untuk:

  • Memproses penyertaan ibadah korban.
  • Tujuan komunikasi dan pengesahan transaksi.
  • Menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan sokongan pengguna.
  • Rekod audit dan pematuhan.

3. Kerahsiaan Data

Segala maklumat pengguna tidak akan dikongsi, dijual atau dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan korban (seperti masjid/surau/pertubuhan) atau jika dikehendaki oleh undang-undang.

4. Keselamatan Maklumat

MyKorban mengambil langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi data pengguna daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan atau kerosakan.

5. Akses & Kemaskini

Pengguna boleh mengakses dan mengemaskini maklumat peribadi mereka pada bila bila masa melalui akaun masing-masing dalam sistem MyKorban.

6. Persetujuan

Dengan menggunakan laman web dan sistem MyKorban, anda bersetuju dengan polisi privasi ini.

7. Pindaan Polisi

MyKorban berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan dikemas kini di laman web ini.

Hubungi Kami:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan privasi, sila hubungi kami melalui info@mykorban.my